TIPS BELAJAR

Assalamualaikum kaum muslimin dan kaum muslimat.Alhamdulillah syukur kepada ilahi kita masih lagi lagi bernafas hingga ke hari ini.Dapat juga saya mengarang sedikit hari ini.Alhamdulillah.

SCHOOL IS AROUND THE CORNER

Alamak !! Lagi berapa hari je sekolah dah nak dekat.Calon2 UPSR,Calon2 PT3,Calon2 SPM..DAH READY BELOM???Dah study belom ??Tak boleh leka2 lagi dah.Periksa besar tu.Penting untuk masa depan korang.Lagi2 SPM.Haa..lagi penting tu kakak2 abg2 semua.Termasuklah diri saya.Saya pun salah seorang calon SPM tahun 2016.Saya pun risau juga tahun depan ni macam manalah agaknya saya.

JOM KONGSI TIPS BELAJAR

Haa..kat sini saya ada beberapa tips2 untuk belajar.Nak tak?Okay cun.Jom baca satu2.

1.Buat Jadual Belajar
-Ini adalah salah satu cara yang selalu orang buat untuk belajar.Okay..hari isnin..subjek apa..contoh..maths.Daripada kul 230 sampai kul 430.Kira dua jam la belajar maths.kunci jam sampai kul 430.Tepat kul 430.Boom kebabommm !!!! Sharp trus berhenti belajar.Then..check berapa soalan kita dapat buat dalam masa dua jam tu.Semak soalan dulu berapa baru semak jawapan. 😊
Peringatan : Jangan curi2 tengok jawapan pulak ye dlm masa dua jam tu konon nak habis tepat2.Jangab ngelat.Tak berkat ilmu nanti.

2.Hafal soalan
- "Eh??Kenapa hafal soalan pulak??"
Haa ni yang den nak cerito ni.Hafal soalan bukan bermakna hafal kosong2 macam korang dapat soalan bocor tu.Okay mari sini dekat saya bagi contoh.Ambik satu kertas soalan bm la contoh.Salin jawapan .Then baca satu2 dan faham kan.Kemudian hafal.In shaa Allah boleh.Lagi2 kalau peperiksaan time tu memang dah dekat.Hafal cara menjawabnye..tengok bentuk soalan tu then tengok cara dia menjawab macam mana.In shaa Allah semoga dipermudahkan.Aamiin

3.Buat study Group
-Study group.Selalu pelajar2 buat.Tapi selalu melencong ke lain.Hahaha betul tak?Takyah tipu.Tau sangat.Study group niat biar betoi.Jangan main.Kita bincang mana soalan yang kita tak faham.Bincang tu biar serious skit.Jangan main2.Lagi2 maths bm bi sej sains.Jangan dok main2.Agama lagi la.Subjek2 killer lagi la mcm fizik,kimia,bio,addmaths.Kan kan kan?So bila nak start study pastikan niat betul.Tempat pon betul.Okay ?Good.

4.(tak tau nak jelas macam mana 😂)
-Kakak sedara saya selalu buat macam ni.Setiap kali dia study.Setiap buku yang dia study.Setiap muka surat.Dia akan tulis "Nak pergi Jepun".Sebab impian dia nak ke Jepun.Then bila dia tulis macam tu Alhamdulillah.Tercapai.In shaa Allah korang cuba.Everything will be okay.Tapi bukan sekadar tulis je la.Doa pon kene ye. 😊
In shaa Allah.

5.Buat solat sunat (bagi yang muslim)
-Haa..ni kene ye bagi pelajar2 muslim.Solat dhuha,Solat hajat,solat taubat,Solat Tahajjud,istikharah pon sama.Kene dik abg kakak.Solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu pon kene.In shaa Allah everything akan dipermudahkan.In shaa Allah.

Alhamdulillah.Ini sahajalah tips yang dapat saya kongsi kan kepada warga bloggers.In shaa Allah kalau ada lagi saya kongsikan lagi.Sharing is caring right?Ingat..Apa2 yang kita nak buat mesti ada keredhaan Allah dan ibubapa dulu.Niat mestilah kerana Allah SWT.Jangan niat kerana lain.In shaa Allah.Segala urusan kita didunia dan akhirat akan dipermudahkan kelak.In shaa Allah.
Ijtahid wala taksal 😊
Allah ghoyatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-quran dusturuna
In shaa Allah.
Semoga berjaya ☺

Assif.Jika ada salah dan silap.
Assalamualaikum

Comments

Popular Posts