First Day Of School

Assalamualaikum..first day of school.Feeling awkward really hahah..Nervous for my second day of school too haha.Entah lah.Sekolah ni best..tapi tak tau kenapa rasa nervous sangat bila datang sekolah.Mungkin sebab aku nak SPM.Atau jumpa kawan2 yang tak pernah aku kenal.


Dimana tempat yang aku belajar sekarang ni.Sekolah nya lagi besar berbanding sekolah lama aku.Cantik jugak sekolahnya.Cikgu2 pon sporting.Macam cikgu Nona.Mula2 cikgu ni nampak macam garang tapi rupanya takde lah garang sangat.Baik orang nye.Cantik.Kadang2 tengok gelagat cikgu2 kat sekolah ni boleh mencuit hati juga.Not bad really.Bila dah daftar..tetiba ada pulak benda yg x cukup..kene print result.Kat sekolah lama..xde lah ambik report kad akhir tahun..so slip peperiksaan xde kat aku..biasa check online..rajin nak print jangan harap la kan hahah.So cikgu nona just bagi kelas secara rawak dulu sebelum aku bagi result n tentukam aku diklas yg sepatutnya.

Semua perlajar form 5 yang baru daftar kat skolah tu kene pergi bilik kaunseling.So aku dengan kakak sepupu aku pun pergi la bilik kaunseling.Kakak sepupu aku plak gi print result..jadi aku terpaksa menungu sorang2 dalam bilik kaunseling.Krik..krik..gile kat bilik tu.Tak ada orang.Aku sorang je.Sampai 1 jam i guess..baru ada pelajar baru yg lain daripada Terengganu masuk.I've forgot his name..yes he's a boy.Pekat terengganu dia 😂.Susah nak faham..lepas bape minit baru dtg lagi sorg pelajar baru.Lelaki juga.Dari Mersing.So kira aku sorg pompuan.Lain sume laki2.3 orang je la nunggu kat dalam tu tak berbual x apa.Masing2 diam.Tak nak buka mulut.Aku ofcoz la xnk berbual an..sebab diorang laki2.Ikhtilat kene jaga.So kitorang tunggu sampai la cikgu Rosmawati..Guru Kaunseling interview kitorang.Then terus dia hantar aku ngan pelajar lelaki dua org tu ke kelas.

Masa otw nak ke kelas tu.Tetiba ada sorg cikgu laki2 panggil aku."Ros..pinjam budak pompuan tu jap".Aku dah cuak dah.Apa salah aku?Apa yang aku buat?Aku tak boleh sekolah sini ke?Kak huda xde kay sini.Punya cuak sampai je depan cikgu tu.Cikgu tu tanya aku masuk kelas apa.Aku cakap aku masuk kelas 5ss2.5 Sains Sosial 2.Mula2 aku nk kene dimasuk kan ke kelas 5ks2.Tapi lepas tengok result aku dpt masuk kelas 5ss2.Pastu cikgu tu pesan la dah masuk sekolah belajar betul2.Then dia tanya aku duduk mana..ayah aku sakit apa..kat hospital mana.Then baru aku gi cari kelas aku.Aku cari cikgu Rosmawati.Tapi x jumpa.Aku dah nampak dah kelas aku.Tapi aku segan nak masuk.Saja aku lengah2 kat luar sampai ada pelajar laki tegur aku."Awak kelas apa?".Aku Jawab "5ss2".Budak tu pon kecoh la ngan kawan2 dia.Then aku pon ketuk pintu kelas bagi salam kat cikgu.Then aku cakap.Aku pelajar baru kelas.Masuk je biasalah dak2 laki..mcm x oernah jumpa budak baru.Kecoh semua.Cikgu Bi..aku x ingt nama cikgu..Lupa nk tanya.Nak duduk lak xde tempat.Ketua kelas ambikkan meja dengan Kerusi.Lahai baik sungguh.Alhamdulillah.Xde la aku nak menapak cari meja ngan kerusi 😂.Nasib baik ada yg baik hati ambikkan.
So lepas introduce myself to my new classmates.Aku sempat belajar 2 subjek je.Maths n bi.N i have new friends.Diorang ni peramah.X macam aku.Pendiam 😂.Susah btol nak cari topic berbual.hahah.Tapi Alhamdulillah..x rasa kekok nak kawan diorang.Sebab semua jenis mulut peramah n banyak.Macam ada sorg murid baru kelas aku juga.Dia dari Ipoh.Dia pon peramah.Kelakar pon ada.Jadi seronok kawan dengan diorang.

Just hoping this year will be one of the best year i've ever had.Berharap agar segala urusan pada tahun ini..lagi2 SPM dipermudahkan.Harap2 apa yang cikgu ajar aku dapat faham.Semoga aku terhindar daripada perkara2 maksiat dan melalaikan.In shaa Allah.Aamiin.

#SDAHA
#PONTIAN
#JOHOR
#PEACEBEUPONYOU

Assalamualaikum

Comments

Popular Posts